Monday, January 8, 2007

Ashaari Tak Sesat ? - Buletin Rakyat



KUALA LUMPUR : Ketika masyarakat sedang sibuk mengira-ngira apa tindakan dilakukan oleh JAKIM kepada Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd diketuai oleh Ustaz Ashaari Muhammad, kini persoalan bergema apakah status aqidah bekas pengasas A1-Arqam atau lebih mesra dengan panggilan ‘Abu Ya’. Jika ramai mendakwa ajaran Al-Arqam sesat dan apakah Ashaari tidak sesat?Pada 4 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan negeri—negeri yang belum mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran berkenaan supaya segera berbuat demikian. Menurut salah seorang pendakwah bebas enggan disiar— kan nama, sebarang usaha mendakwa Ashaani dituduh menghidupkan kembali Al Arqam melalui rangkaian perniagaan Rufaqa’ Corporation perlu disertakan dengan bukti kukuh bahawa pertubuhan itu mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah. Katanya, jika benar Ashaari terlibat dengan ajaran sesat apakah status bekas pemimpin A1-Arqam itu? Di sinilah JAKIM perlu memberikan penjelasan agar rakyat maklum apa ajaran boleh dikategorikan sesat, bukan ajaran Islam dan murtad. Bagaimana akidah seseorang bila didakwa mengajar ajaran sesat?“mi berkaitan soal aqidah. Setahu saya tidak ada parameter khusus boleh mengukur aqidah seseorang,” katanya. Menyentuh soal Ashaari tidak boleh berkomunikasi dengan orang ramai kerana tidak boleh bercakap, sekali lagi pendakwah bebas memberikan pandangan.“Kalau pun pendakwaan dibuat mestilah kepada pihak-pihak yang cuba menghidupkan kembali Al—Arqam.” ujarnya tidak menolak kemungkinan usaha memburuk-burukkan Rufaqa’ datangnya dan bekas jemaah itu sendiri. JAKIM perlu menyiasat dan meneliti segala dakwaan yang dibuat kepada Rufaqa’ Corporation difahamkan merupakan syarikat didaftarkan atas nama perniagaan. Malah sejak tersebarnya benita Rufaqa’ cuba menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam menjejaskan aktiviti perniagaan kumpulan itu.“JAKIM tidak boleh mengambil tindakan berdasarkan dakwaan orang ramai sebaliknya kena ada asas yang kukuh mengaitkan Rufaqa benar-benar terlibat untuk menghidupkan kembali A1-Arqam. Jangan Setakat mendengar laporan sahaja. Maksudnya JAKIM kena menyiasat dan memperhalusi hal ini. Tapi kalau melihat keuzuran dan kesihatan Ashaari tidak mungkin mampu menggugat mana-mana kepentingan politik di negara ini,” katanya.
Ashaari Muhammad dilahirkan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 1938. Beliau menubuhkan Darul Arqam pada 1969 bersama beberapa sahabat karibnya. Aktiviti mereka pada waktu itu adalah mengaji al Quran, memperbaiki diri dan menjalankan usaha dakwah di surau dan masjid. Markas pertama gerakan ini bermula di perkampungan berhampiran Masjid Jamek Al Ihsan, Pekan Setapak. Kemudian berpindah di Kampung Datuk Keramat dan akhirnya di perkampungan Islam, Sungai Penchala. Selepas Al-Arqam diharamkan, Ashaari menjadi tahanan dalam rumah pernah menyewa dua lot banglo di Bandar Country Homes sebeluin dipindahkan ke Labuan. Kini Ashaari dipercayai menjadikan beberapa buah rumah sekitar Nilai, Shah Alam dan Bandar Country Homes sebagai rumah persinggahan serta meraikan tetamu-tetamunya. Biarpun Al-Arqam sudah diharamkan masib timbul pertanyaan di sini tentang penglibatan beberapa tokoh I politik dalam kumpulan itu. Sebagai contoh Rufaqa’ pernah membina sebuah Sekolah AtTahali di Bandar Country Homes dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Malah rumah banglo dua lot di Bandar Country Homes pernah menerima tetamu antarana Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Datuk Tamrin Ghafar, Wakil -Wakil Rakyat dan Senator. Ramai juga artis antaranya penyanyi Aris Ariwatan, Nash, Sheqal dan Mel (bekas penvanvi kumpulan Wings) berjumpa Ashaari boleh dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi dan seorang yang sentiasa sabar emosi. “Sekarang ni kita nak tanya apa status Ashaari yang sebenarnya. Adakah dia sesat selepas didakwa mengajar ajaran sesat. Kalau dia sesat kenapa ramai tokoh politik tanahair datang secara sembunyi-sembunyi berjumpa Ashaari? ”Tanya pendakwah bebas itu. Sebelum Al-Arqam diharamkan. pada28 Mei 1978. Bekas Mufti Wilavah Persekutuan Datuk Syeikh Mohsin Haji Sal bekas Imam Besar Masjid Negara. Haji Ahmad Shahir pernah mengadakan sessi dialog bersama Ashaari di Perkampungan Sungai Penchala.Sementara itu,TimbalanMenteri Keselamatan Dalam Negeri Dato’ Mohd Johari Baharom ketika ditanya bentuk tindakan akan dikenakan kepada Ashaari antara lain menjawab;“Sava tak boleh buat komen. Saya kena tunggu laporan JAKIM.” jelasnya ditemui di lobi parlimen.