Monday, January 8, 2007

Jangan Mudah Menunding



MUTAKHIR ini, secara tiha-tiba semarak semula riwayat Abuya Ashaari Muhamad yang dituduh cuba mengumpul kekuatan dengan menghimpun semula ‘anak buah lama’ dari tanah perkuburan Al Arqam. Kali ini, gerakan tercipta atas nama baru - Rufaqa Coporation Sdn. Bhd yang berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1957. Soalnya, benarkah Ashaari ini mahu kembali untuk menghidupkan semula gerakan dakwah Islamiahnya atau tampil untuk menyemarakkan dunia perniagaan di kalangan bekas ahli-ahlinya menerusi Rufaqa Coporation sebagai induk kepada rangkaian perniagaan Rufaqa. Tidak salah Rufaqa membina empayar perniagaan kerana ia adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W Malah, kini UMNO sendiri melebar asas perjuangan untuk menggalakkan Melayu Islam menjadi usahawan dan tokoh perniagaan berjaya. Lebih aneh, Rufaqa yang tampil untuk mengalakkan Melayu Islam berniaga kini diharam di beberapa tempat. Apakah Rufaqa menjalankan perniagaan salah di sisi undang-undang. Jangan kerana kesilapan Ashaari masa lalu, Ashaari hari ini pun terus buruk di mata umum. Yang silap Ashaari hanya terlalu awal membuka ‘Ilmu laduni’ yang diamal dan tariqat Aurat Muhamadiah, Yang tak amal tariqat pun ramai juga jadi sesat— sesat jiwa, sesat perbuatan.Sesat dari pengertian syariah dan tariqat jauh berbeza, tetapi yang jelas tetap sesat. Sesat golongan syariah— cakap bohong, rasuah, herzina, tahi arak, salah guna kuasa, ego diri, samseng dan hanyak lagi. Kenapa sesat. Soalnva Islam sudah terang terang melarang, tetapi kenapa terus melakukan kejahatan dan inilah yang ditakrif ‘sesat’ pada penzahiran keras kepada golongan syariah yang hanya belajar untuk wajib tahu wujudnya Allah S.WT.
Sesat kepada golongan tariqat lebih nampak terang kerana sifatnya membuka alam ghaib’ yang tidak tercapai oleh akal manusia biasa yang tidak mencari nilai isi Islam. Soal ‘alam ghaib’ tertulis dalam Rukun Iman, bukan sekadar wajib percaya tetapi ada hak untuk mencari. Terlalu banyak yang pelik jika terselak secebis dari alam ghaib, pasti yang bakal dituduh sesat. Soalnya, apakah umat Islam moden hari ini sudah tidak mampu lagi mencapai makam wali atau cukup hebat sekadar tersohor sebagai ulama.
Jika sewaktu pengharaman AI-Arqan dulu, kerajaan berjanji akan membantu bekas ahli-ahli membina kehidupan baru, Apakah janji itu sudah terlaksana sejauh ini. Kebanyakan bekas ahli Al-Arqam kehilangan arah dan kini Rufaqa tampil menjadi alternatif untuk membantu ahli- ahlinya terbabit dengan aktiviti perniagaan.
Saya bukan berniat untuk membela Ashaari. Jika benar Ashaari dituduh sesat oleh kerajaan, guru agama mana yang ditugaskan ditugaskan untuk membetulkan akidahnya atau sekadar mengawasi Ashaari di pintu pagat Jika JAKIM memain peranan yang betul, tidak mungkin Ashaari akan terus sesat hingga ke hari ini, malah kerajaan langit Ayah Pin pun mengambil waktu lebih 15 tahun baru berjaya diruntuhkan. Sebenarnya kerajaan perlu memberi sokongan moral keinginan murni Rufaqa untuk membina rangkaian perniagaan dan jangan mudah menghukum. Jika ada pengikut Ashaari yang tersalah cakap, itu bukan Ashaari. Sekalipun Ashaari masih tersalah cakap, ia juga perlu diperbetul dengan cara alam tariqat itu sendiri. Kalangan ahli Rufaqa adalab Melayu Islam dan golongan ini jauh sekali tidak terbabit dengan “ali baba’ perniagaan.
Gerakan Rufaqa jauh berbeza. Al Arqam dahulu adalah satu pergerakan dakwah yang diasaskan oleh Ashaari seawal 1968 di rumah No. 94 Lorong Keramat Dua, Dato’ Keramat Kuala Lumpur. Namun, perkembangan Al Arqam mula menyerlah sejak herjaya membuka perkampungin di tanah seluas empat hektar di Sungai Penchala yang di beli pada tahun 1975. Ini adalah perkampungan ‘orang berjubah dan berserban’ paling besar di negara ini. Melarik sejarah lama yang luka Al-Arqam sebelum ini, tidak pernah didaftar sebagai organisasi sah, tetapi berjaya menyentuh ratusan ribu Melayu Islam tempatan dan luar negara untuk mengiktiraf Ashaari sebagai ‘syeikh’. Al Arqam ketika itu cukup dikagumi sebagai organisasi gerakan dakwah Islamiah yang memiliki cawangan antarabangsa. Sumber kewangan Al-Arqam begitu kukuh menerusi saluran perniagaan berkonsepkan Islam. Kini Al-Arqam cuma tinggal nama, tetapi arah perjuangan Islam tidak pernah mati.
Terbukti pencapaian Al-Arqam yang bermula dar 10 pengasas berjaya muncul menjadi organisasi besar dan berpegaruh. Tata cara kehidupan dan budaya Al Arqam berbeda dengan gerakan dakwah lain. Al-Aqam lebih luas menjana konsep dakwah menerusi gerakan individu, ceramah, perkumpulan, media cetak, perniagaan, sekolah, nasyid dan lan-lain. Malah, Raihan muncul antara kumpulan nasyid yang cukup berjaya. Gerakan dakwah lslamiah Al-Arqam sampai ke sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam, pejabat kerajaan, pejabat swasta, golongan profesional hingga buruh kasar dengan keder-keder yang begitu terlatih. Gerakan dakwahnya jauh lebih terkesan di hati sanubari dan menjadi penawar berbisa uniuk merawat penyakit jiwa yang kosong. Tidak hairan jika ketika itu, Al Arqam ini mendapat sokongan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan. Ini adalah kelebihan dan ketaqwaan jika Ashaari yang mencipta konsep dakwah yang terbuka dan mengamit sikap rasmi padi — semakin berisi semakin menunduk. Setiap muslim perayaan, sekumpulan besar ahli Al-Arqam membuat kunjungan ke rumah terbuka pembesar negeri sebagai merapatkan hubungan antara ulama dan umarak.
Ketika itu, Al -Arqam bukan kumpulan dakwah katak di bawah tempurung dan hidup dalam kepompongnya sendiri. Mereka ini lebih berada di tengah masyarakat untuk melaksanakan misi menyembuh jiwa Islam.
Namun, tidak ramai menyedari kejayaan AI-Arqam ini mengumpul ratusan ribu pengikut kerana keberkesanan Ashaari menyemai pengisian ilmu tasawuh bersumber tariqat Muhammadiyah untuk membentuk jiwa mulus di kalangan ahli Al-Arqam bagi mentaati perintah Allah S.W.T pemerintah dan ketua.
Tariqat adalah ilmu jiwa dan cabang tasawub yang nilal ilmunya adalah mencari Allah S.WT. Lantaran itu, sekali tersentuh ilmu tariqat, ramai yang kosong ilmu kejiwaannya seakan baru terjumpa ‘madu dan haruman' sebenar pengisian Islam.
Ini kerana tariqat itu adalah ilmu isi, bukan ilmu kulit. Jika ilmu yang tersisi itu isi yang baik, maka baik jadinya, tetapi isi yang baik boleh menjadi buruk jika ‘akal’ tidak tajam mentafsir manis, pahit atau masamnya isi. Inilah realiti kepada pengamal ilmu tariqat. Yang belajar kulit, seringkali orang tariqat di tuduh sesat. Ilmu tariqat adalah ‘ilmu mencari’ Allah S.W.T., ilmu tauhid sekadar wajib mengakui wujudnva Allah S.WT.
Ilmu isi adalah mentafsir setiap sifat kejadian dan huruf Alif hingga Ya. Setiap Ayat Al-Quran ada kelebihan tersendiri dan zikir Asma al Husna pun ada kelebihan tersendiri. Ilmu tariqat untuk di amalkan secara ‘pengabdian’ dan cara tersendiri yang berbeza mengikut pengaruh tariqat itu sendiri, bukan sekadar belajar untuk tahu. Perintah Allah S.W.T. itu sendiri bahawa ilmu untuk dikaji dan diamal.
Riwayatnya, terlalu banyak olah yang berbeza dalam mendalami jimu tauhid, fekah, tasawuf. Tariqat itu adalah keperincian ilmu dari tasawuf. Orang tauhid belajar Islam. tetapi orang tariqat mengkaji ilmu Islam. Justeru itu, orang tariqat di tuduh sesat kerana ‘sifat mencari’ bukan mudah untuk mendaki puncak ‘tujuh gunung’ bagi memintal ‘nafsu kamilah’. Dalam 100 juta mungkin tidak satu pun orang tariqat mencapai tahap tertinggi ini.
Ramai pengamal tariqat terdampar di gunung ketiga — nafsu Mulhamah (makam pra-wali) dan sebahagian hanya sehahagian kecil yang mendapat petunjuk akan terus mendaki ke gunung ke empat mencan sifat Mutma’annah bagi mencapai makam wali kecil, manakala di kemuncak gunung kelima — nafsu Radhiah sebagai makam wali besar.
Makam di gunung ketiga ini sudah teruji dengan pelbagai dugaan, Di sini ramai yang tersesat kerana terlalu mudah untuk mendedahkan ‘rahsia Allah’ kepada ummun untuk mencari populaniti, cari nama, pengaruh dan pemujaan. Sebahagian besar tidak tahu membeza bisikan malaikat atau iblis. Di tahap penguasaan maqam Mulhamah ini, Allah S.W.T. memberi keistimemewaan kepada mereka yang membuat anak murid teruja dan memuja kerana sudah mampu mendapat bisikan laduni — alam ghaib. Inilah berlaku tuduhan tariqat itu sesat.