Wednesday, January 3, 2007

RAHSIA PEMBENTUKKAN KELUARGA SUPER -2

RAHSIA PEMBENTUKKAN KELUARGA SUPER

Poligami Asas Kepimpinan Super


Sepanjang sejarah manusia kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem Polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia. Polyandry ini ialah isteri mempunyai lebih daripada satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum Aborigin. Seorang perempuan mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami dan semua suaminya berkhidmat kepada isteri tersebut. Hal ini berlaku. Ia mirip pada sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.
Islam membawa suatu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami ada banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakkan manusia terutama orientalis dan orang Islam sendiri yang tidak faham, akan menganggap bahwa poligami ini tidak lain tidak bukan, hanya satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau memuaskan nafsu tehadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang berpoligami.
Tambahan pula bila ada orang-orang Islam yang poligami mereka tidak mengikut cara poligami yang sebetulnya. Maka timbullah masalah dalam poligami. Antaranya, ketidakadilan, tidak membela, tinggal isteri lama dan lain-lain sehingga timbullah masalah masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun sebenarnya hikmahnya sangat besar.
Poligami jadi buruk kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga orientalis, inilah kesempatan untuk menekan poligami ini dan mencemuhkannya serta menghinakannya.
Di akhir zaman ini, di mana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah pun hidup bersama baginda, tapi kita diberi peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah. Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang kita amalkan di kala sunnah-sunnah itu sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan, di kala kemerosotan iman berlaku di akhir zaman, inilah kumpulan-kumpulan yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah.
Jadi segala sunnah Rasulullah SAW yang sudah dilupakan orang itu, diperjuangkan dan diamalkan semula sehingga masyarakat menjadi biasa dengannya. Contohnya mengamalkan kembali pakaian secara Islam, ekonomi Islam, pentadbiran Islam, bahkan kepada sekecil-kecil perkara seperti adab makan, adab masuk dan keluar tandas, adab tidur dan lain-lain.
Mereka sanggup amalkan dan perjuangkan sunnah yang sudah dilupakan orang itu, yang mana orang Islam sekalipun tidak tahu amalan itu dari Islam. Jadi relanya para ikhwan ini menerima tuduhan, ancaman, kata-kata nista dari orang ramai hanya kerana hendak menegakkan sunnah Rasulullah SAW. Mereka menegakkan semula sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman, di kala orang lain sudah tidak nampak lagi sunnah, bahkan menganggapnya sesat. Inilah kerja ikhwan yang sungguh rumit, susah dan kadang-kadang menyayat hati.
Diantara sunnah yang dilangangkan oleh mereka ialah poligami, yang sangat ditentang oleh orang Islam yang tidak faham. Terutama kaum wanita Islam yang tidak faham, yang mengukurnya dengan perasaan dan nafsunya.
Sebenarnya kalau kita dapat berfikir dengan waras, kita akan berterima kasih dengan kepada orang lelaki yang mahu berpoligami. Kerana bila seseorang lelaki berkahwin dia hanya selesaikan satu masalah. Tetapi dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan, bila berkahwin pula selesai 99 masalah dan menempuh 1 masalah. Jadi kalau ada lelaki yang mahu berkahwin ertinya dia itu berani. Sebab dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin 2,3,4. Maknanya timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seseorang yang berani, tahan lasak dan berani menanggung risiko.
Jadi poligami sebenarnya adalah suatu perjuangan. Pertama, sepertimana yang disebutkan tadi, kedua melalui poligami ini kita membangunkan satu kekuatan. Poligami mendidik kita setiap hari. Melalui poligami tiap saat kita terdidik, sebab berhadapan dengan karenah isteri, berhadapan dengan tanggungjawap, maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati masa. Berbeza kalau ada seoarang isteri, hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila berpoligami, suami tidak bebas lagi. Giliran pada isteri wajib dipenuhi.
Jadi poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari poligamilah timbul kekuatan-kekuatan lain. Melalui poligami, tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita. Contohnya berani, iaitu berani berhadapan dengan isteri bila hendak kahwin lagi, berani berhadapan dengan karenah isteri. Bahkan ampun maaf, ramai lelaki tidak sanggup berpoligami adalah kerana takut dengan isteri.
Antara sifat yang lain ialah sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapai bermacam-macam karenah isteri. Suami akan terlatih bagaimana nak bersaikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spritual. Hati dan perasaan akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah(latihan) hidup bagi akal, fizikal dan nafsu kita.
Barulah kita nampak bahawa poligami rupa-rupanya sangat baik dan sangat penting terutama bagi para pejuang. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi 'dakbus solihin' - tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu. Pasti ada sesuatu yang besar dari poligami.
Jadi, walaupun poligami ini telah disingkirkan bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan saja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati, terpaksa berkorban perasaan, mereka juga mendapat berbagai-bgai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami.