Wednesday, January 3, 2007

RAHSIA PEMBENTUKKAN KELUARGA SUPER - 6

RAHSIA PEMBENTUKKAN KELUARGA SUPER

Mencungkil Rahsia Keagungan Syariat Tuhan - Poligami

Poligami - Pembelaan untuk wanita

"Satu penyakit sosial yang sedang menyusahkan masyarakat kita hari ini ialah masalah 'single' - andartu, ibu tunggal dan janda. Walau apapun punca berlakunya masalah ini, hakikatnya ia sudah wujud dan telah menjadi realiti yang menyayat hati. Membiarkannya begitu saja tanpa berusaha menyelesaikannya, samalah seperti membiarkan pesakit tanpa diubat, itu satu kekejaman."

"Jarang kita jumpa lelaki 'single' di usia tiga puluhan. Tetapi selalunya ramai wanita di usia begitu masih belum berkahwin. Sedangkan keinginan berkahwin adalah satu kehendak fitrah yang kalau tidak dipenuhi, jiwa tersiksa dan menderita.

Salah satu tanda akhir zaman ialah bilangan wanita lebih ramai dari lelaki. Itu maksud hadis. Ia sedang berlaku, akan terus berlaku, bahkan akan lebih kronik dari masa ke masa. Dunia intelektual hari ini sepatutnya memikirkan cara untuk mengatasi ketidakseimbangan nisbah bilangan wanita dengan lelaki ini. Supaya semua wanita terbela dan bahagia kerana dapat suami dan anak-anak. Jadi apakah jalan keluar yang sebaik-baiknya untuk masalah ini?
Saya tidak nampak cara lain yang lebih baik daripada poligami. Walaupun pahit tetapi itulah cara untuk menghiburkan duka lara sebahagian daripada kaum sejenis kita. Tidaklah sepahit dilabel andartu atau 'single' sepanjang masa.

Bagaimanapun tidak dinafikan 'single-single' dan andartu yang lebih rela tidak berkahwin daripada berkongsi suami. Dalam sejarah, ada wanita yang tidak mahu berkahwin iaitu Rabiatul Adawiyah. Tetapi dia benar-benar bahagia tanpa kahwin. Cintanya pada Tuhan membunuh nafsunya pada lelaki. Hingga dengan tidak berkahwin itu sedikit pun tiak menyusahkannya bahkan itulah kebahagiaan baginya. Tapi bagi kebanyakkan wanita, tidak berkahwin akan menimbulkan macam-macam masalah pula, lebih selamat kalau dia berpoligami, daripada langsung tidak berkahwin."

Ustazah Laila Ahmad, isteri kedua (daripada empat isteri)

Motivator


Pil Pahit Untuk Kesihatan Iman
" Keindahan poligami sebenarnya hanya mungkin terasa bagi orang-orang yang beriman dan yang memprjuangkan iman.
Apabila seseorang sudah menjadikan cita-cita hidupnya untuk beriman dan bertaqwa, maka waktu itu poligami akan menjadi penting untuk dipraktikan, demi mendidik dan menyuburkan iman. Ini kerana dalam rumahtangga poligami. Setiap saat dan ketika, wanita sentiasa berhadapan dengan ujian yang mencabar nafsunya.
Ujian-ujian inilah yang akan mendekatkan diri kita dengan Tuhan hingga timbul rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Gelombang rasa itu akan membentengi dirinya daripada bertindak liar, atau derhaka dengan Tuhan. Walaupun nafsu itu, dirasanya seperti menelan ubat yang cukup pahit. Walaupun cukup pahit, tapi hasilnya kesihatan akan pulih."

Puan Sakinah Hamzah, isteri pertama (daripada empat isteri)

Tanda Kasih Allah dan Rasul

"Sangat terasa oleh saya bahwa poligami merupakan tanda kasih sayang Tuhan pada wanita. Ia juga lambang kecintaan Rasul pada umatnya. Melalui poligami kita terlatih untuk mengorbankan sikap mementingkan diri sendiri, sombong, tamak, hasad dengki, dendam kesumat dan gila dunia. Tuhan mahu kita menjadi ibu-ibu manusia yang benar-benar berwtak ibu, mementingkan orang lain, merendah diri, pemaaf, pemurah berwatak akhirat, berjuang di jalan Allah dan lain-lain. Sanggup berkongsi haknya, saling bantu-membantu dan merendah diri. Kesemua itu modalnya ialah iman dan taqwa. Sejarah membuktikan Rasulullah dan para Sahabat membangunkan kegemilangan umat Islam bermula dengan rumahtangga. Institusi Kekeluargaan adalah tapak perjuangan. Bermodalkan taqwa mereka mencabut mazmummah lalu dapatlah ukuwahdan keselarasan membangunkan empayar Islam

Kak Lin, Isteri ke 4(daripada 4 isteri).

Bekas guru

Bukan salah poligami

"Poligami gagal bukan kerana suami tidak mampu. Bukan pula kerana suami tidak adil, tidak bertanggungjawap. Bukan pula kerana isteri tidak cantik. Tidak juga kerana isteri tidak pandai melayan suami. Pun bukan kerana isteri tidak cukup nafkah. Kegagalan itu adalah disebabkan lemah iman atau tiada iman.

Umpamanya matinya sepohon pokok bukan kerana batangnya lemah. Bukan kerana rantingnya patah. Bukan kerana daunnya kekuningan. Bukan kerana bunganya layu atau kerana buahnya sedikit. Kematian itu sebenarnya berpunca daripada sesuatu kekurangan atau kelemahan yang ditanggung oleh akar pokok itu. Akarnya yang lemah hingga kesannya menyebabkan bahagian-bahagian pokok yang lainnya turut susah, lalu lahirlah gejala-gejala seperti yang disebutkan tadi, hingga akhirnya membawa maut.

Namun oleh kerana akar itu berada di dalam tanah, tiada siapa yang nampak baik dan buruknya, maka manusia sering mepukan fungsi akar. Seolah-lah akar tiada tiada peranannya. Lalu diandaikan nasib pokok itu bergantung kepada batang, daun, bunga, biji benih atau lainnya. Manusia lupa bahawa baik buruknya pokok bergantung pada akarnya.

Demikianlah halnya dengan manusia. Gejala kehidupan manusia:khususnya poligami; bukan kerana kecacatan-kecacatan lahiriah manusia, tapi adalah kerana roh atau jiwa manusia sudah sakit. Roh itu adalah penentu bahagia tidaknya manusia. Ertinya bukan poligami yang salah, bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Oleh itu saya tegaskan lagi bahwa kegagalan poligami bukan salah poligami. Tetapi salah kita kerana tidak cukup iman. Bila tidak ada iman, bukan saja poligami yang gagal, tetapi hidup manusia itu sendiri tidak bermakna. Hanya wanita yang menjadikan Tuhan cinta agung sahaja yang boleh menjayakan poligami ini, iaitu mereka yang mempunyai sifat 'dengar dan patuh!'

Kesimpulannya, poligami bukannya wajib, Cuma ia dibenarkan (harus). Maka melakukannya atau tidak, bukanlah satu kesalahan. Bagi yang tidak mahu melakukannya, nitakan kerana Allah, agar jadilah ia sebagai ibadah. Begitu juga yang mahu melakukannya, niatakan kerana Allah, moga-moga jadi ibadah."

Dr Rohaya isteri ketiga (daripada tiga isteri)