Sunday, January 7, 2007

Awas ! Jagalah Lidahmu


TELAH berfirman Allah Ta’ala:

“Hai Anak Adam. Jangan engkau laknatkan segala makhluk-Ku, kerana nanti laknat itu akan kembali ke atas kamu. Oleh itu jangan kamu katakan, ”Si Fulan itu laknat Allah!” atau ”Binatang ini dilaknat Allah!” yakni dijauhkan daripada rahmat Allah. “Hai Anak Adam. Lihatlah, berdirinya tujuh petala langit di dalam hawa(angkasa raya) yakni dalam lapangan yang kosong dengan tiada tiang. Ia berdiri teguh dengan hanya satu nama daripada nama-namaKu. Bandingkan dengan hatimu yang satu itu, tetap ia tiada lurus(betul) walau pun dengan seribu pengajaran daripada kitabKu.
"Hai segala manusia, Keras sungguh hatimu. Ia bagaikan batu yang terendam di dalam air (tetap tiada lembut dan berubah.) Sebab itulah tiada memberi bekas pengajaran dariKu pada hatimu. “Hai Anak Adam. Kenapa kamu naik saksi bahawasanya kamu hamba Allah, tetapi kemudiannya kamu derhaka padaNya. Dan kenapa kamu dakwa bahawasanya mati itu benar (akan terjadi pada kamu), sedangkan kamu membencinya. Dan kamu katakan dengan lidah kamu apa sahaja sekehendak hati kamu. Semua ini kamu sangkakan kecil, akan tetapi pada sisi Allah Taala ianya adalah amat besar.”


Kitab : Mau 'izatul Badi 'ah