Monday, January 8, 2007

Dr M Jumpa Ashaari ? - Buletin Rakyat




Kuala Lumpur - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad disarankan menemui bekas aktivis Al-Arqam Ustaz Ashaari Mohammad berkaitan isu seleweng aqidah umat Islam yang dianggap serius dinegara ini. Tun Dr M disifatkan mampu menyelesaikan isu tersebut kerana lebih berpengalaman menangani kes Al-Arqam. Kalangan aktivis masyarakat berpendapat, sekiranya Ashaari berusaha menghidupkan semula al Arqam menerusi aktiviti rangkaian perniagaan Rufaqa Corporation Sdn Bhd, beliau seolah-olah memungkiri ikrarmenghentikan semua kegiatai seperti dibuat pada period pentadbiran Tun Dr M berikutan pengharaman al-Arqam pada 1994.“Penvelewengan aqidah memang berkaitan dengan ajaran sesat, justeru usaha bagi penyelesaiannya perlukan pendekatan secara ilmiah seperti dilakukan pada period pentadbiran Tun,” ujar seorang aktivis masvarakat. Beliau seterusnya merujuk kepada siaran langsung TV mengenai perbincangan Ashaari bersama ilmuan Islam ketika itu. Menurut aktivis masyarakat berkenaan, pada period pentadbiran Tun Dr M, isu al-Arqam diselesaikan secara ilmiah, apabila Ashaari diminta memberi penjelasan secara muzäkarah bersama beberapa orang ilmuan Islam termasuk mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Ustaz Hashim Yahya bagi meredakan kebimbangan masyarakat. Sementara itu seorang lagi aktivis masyarakat, Zaharin Mohd Yasssin turut mengakui pihaknya sedang berusaha menemui Tun Dr M dengan Ashaari yang dilapor oleh media dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit stroke. “Sekiranya Tun bersetuju, kami akan mengaturkan pertemuan tersebut,” katanya baru-baru ini. Zaharin yang juga bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan yang dipecat MT tahun ini berkata, Ashaari sudah memberi penjelasan tak berhasrat mahu menghidupkan semula al-Arqam. “Penjelasan Ashaari ialah perkara yang tersurat, sebaliknya perkara yang tersirat di dalam hati tak perlu dibincang,” katanya. Seterusnya beliau menambah, usaha mahu mengatur perjumpaan tersebut bukan bermakna beliau menyokong Ashaari, tetapi bagi meredakan kebimbangan orang ramai dengan isu berkenaan. Secara bergurau Zaharin memberitahu, masakan seseorang yang uzur seperti Ashaari terlalu berbahaya kepada keselamatan. Beliau yakinTun DrM mempunyai kewibawaan membantu negara meredakan kebimbangan orang ramai dengan isu Rufaqqa yang didakwa mahu menghidupkan semula al-Arqam. “Kita tak boleh membiarkan orang ramai terus berada dalam keadaan bimbang, kalau tak diusahakan dengan pendekatan yang terbaik,” katanya.